Tuesday 31 May 2011

Kucai (S03)

Kucai atau nama saintifiknya Allium schoenoprasum adalah sejenis sayuran yang berasal dari keluarga Lili. Kucai mengandungi vitamin B, vitamin C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dengan cara menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.


 Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, ataupun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh.Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.


Sunday 29 May 2011

Labu (S02)

Pokok labu mempunyai banyak khasiat yang bukan sahaja terletak pada buahnya tapi bunga dan daun labu juga turut memberi khasiat kepada kita.buah labu yang direbus dikatakan boleh merawat tekanan darah tinggi dan melawan penyakit demam kuning dikalangan bayi. Isi labu juga baik untuk mengawal diabetes dan labu yang dikisar halus dapat merawat luka kecil ataupun terbakar.



kuaci biji labu pula bukan sekadar bahan kudapan kosong kerana melalui kajian yang dijalankan, pengambilan biji labu secara teratur mampu mencegah masalah batu karang. Biji labu yang dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam dapat membantu kanak-kanak yang menderita kecacingan. buah labu juga dapat menaikkan nafsu makan anak anda.



benih labu yang baru mula bertunas (3hari)




Thursday 26 May 2011

Cili (S01)

     Penggunaan cili sebagai bahan masakan sangat meluas di negara kita. Cili yang kaya dengan vitamin A, vitamin B dan vitamin C kompleks ini juga turut mengandingi protein, karbohidrat dan karotin. Bahan yang memberikan rasa pedas kepada cili ialah capsaicin. Semakin tinggi kandungan capsaicin maka semakin pedas cilinya. Capsaicin dipercayai dapat melawan penyakit ulser peptic.




Selain itu, buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Selain buahnya, daun cili juga dikatakan dapat mengubati kayap. gunakan daun cili dan kapur makan dengan cara menumbuk atau meramas daun cili bersama kapur makan dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.


Terung (S00)

  Buah yang berwarna unggu ini adalah dalam kategori sayuran. Terung mengandungi kalsium, vitamin A, vitamin C, kalium dan tripsin. Kandungan terung yang kaya dengan kalium ini dapat memulihkan paras natrium dalam badan.Berdasarkan kajian, terung baik untuk menjaga kesihatan jantung dan dapat menurunkan paras kolestrol. Selain itu, terung juga dapat mengubati masalah gusi bengkak serta bertindak sebagai anti-kanser. 






Roselle (B02)

Roselle ialah pokok dari spesis bunga raya. Kandungan anti-oxidants yang tinggi iaitu anthocyanins dan vitamin C dapat menjaga tubuh agar kekal sihat. Selain sesuai dijadikan jus penghilang dahaga ketika cuaca panas, buah roselle juga memberi faedah lain seperti dapat mengurangkan tahap kolestrol yang mana akan memberi kesan positif terhadap penyakit darah tinggi, melegakan masalah salur kencing dan sembelit. 



Pokok roselle boleh ditanam melalui biji benih mahupun keratan batangnya. bagi anda yang mahu mendapatkan anak pokok roselle, kami di RAF sedia membantu.





Wednesday 25 May 2011

Markisa kuning (B01)

Berlainan dengan markisa ungu, buah markisa kuning bukan sahaja mengeluarkan lebih banyak jus malah jus yang dihasilkan daripada markisa kuning mengandungi lebih banyak khasiat dan rasanya lebih masam berbanding markisa ungu.


 
Buah markisa kuning lebih sesuai dijadikan jus berbanding buah markisa ungu yang lebih sesuai dimakan mentah.

Markisa Ungu (B00)

    Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri.Buah markisa mempunyai biji yang banyak.Biji buah markisa dikatakan dapat membantu  untuk membersihkan usus besar, meningkatkan pencernaan, dan membantu mencegah serangan jantung dan stroke. selain bijinya, buah markisa juga mempunyai banyak khasiat lain. Antaranya ialah dapat mengatasi masalah batuk, anti alergik,melancarkan perjalanan haid,menurunkan kolesterol, melancarkan peredaran darah, penurun panas badan, mencegah penyakit darah tinggi dan dapat bertindak sebagai antiseptik. 


     Buah markisa kaya dengan kandungan vitaminnya terutama vitamin C. Markisa juga merupakan sumber  pro-vitamin A,  niasin dan riboflavin.Buah markisa boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Bagi mendapatkan rasa yang manis anda perlu menunggu buah ini kecut dahulu. jangan risau sama ada buah ini telah busuk kerana memang struktur kulitnya begitu.

     Namun bagi anda yang gemarkan rasa masamnya, buah markisa juga boleh dimakan walaupun kulitnya tidak kecut. Buah markisa ditanam melalui biji benih. Kami di RAF ada menjual anak pokok markisa sama ada di dalam tray mahupun di dalam polibag.